Monday, March 21, 2011

Kisah CD Lucah

aku dah lama tak tengok berita kat tv3 ni.tapi td pasal kecoh2 ada video blue pemimipin politik aku tengok gak la berita.mana tau ada source nak dapat CD tu.aku tak nak ulas pasal orang yang dikatakan kaki liwat (homoseks la ye tak) tapi mampu dan ada nafsu pulak nak buat seks dengan pempuan..21 minit lak tu..lama tuuu..

aku cuma tertarik dgn ulasan Hishamudin Hussein , menteri dlm negeri (x payah la sebut datok2 ni..takde maknanya..ko dan aku je yang belum dapat gelaran datok ni..lagipun ada jual dipasaran) dia cakap jgn buat spekulasi bahawa polis yg buat rakaman video lucah tu , dia pun berani sahkan yang polis langsung tak terbabit. lepas tu dia cakap lagi, dia pun tak tahu video lucah tu genuine ke tak..

kenapa hishamudin tak larang org ramai dan ahli parlimen buat spekulasi pasal CD blue yang dia sendiri pun tak tau betul ke tak.

-KALAULAH KEKAYAAN ITU DIKIRA DARI JUMLAH HUTANG-

Wednesday, March 16, 2011

Kisah Penyamun Yang Sangat Bebal

2 tahun sudah rumah kediaman aku telah dipecah masuk pada waktu pagi. sekitar 8 pagi mungkin, pasal masa tu aku pegi hantar anak kesekolah dan waktu aku sampai rumah dalam pkl 9 rumah aku dah tonggang langgang kena geledah.
waktu buat pemeriksaan aku tengok semua barang mcm buku, baju dll dia humban, tapi ada 1 al quran elok dia letak atas katil siap lapik dengan tuala kecik. mungkin si samdol tu lupa nak ambil wudhuk, so dia takut berdosa pegang alquran tanpa bersuci. dia selak2 jugak quran tu kot2 aku simpan duit dlm tu le. (amalan makcik2 utk elak duit dicurik oleh toyol, aku x buat keje mcm tu) dpt jugak le penyangak tu seutas jam tangan jenama bonia bini aku punya.
satu lagi benda yg dia kebas ialah geran motor (motor comel yg dh rosak). aku rasa dia kebas geran tu dgn harapan esok lusa nak curik motor tu pulak..boleh la jual mahal sikit pasal ada geran, tak mcm motor panas lain, jual 2-3 ratus je. pastu cerita tu senyap je, hinggalah setahun kemudian aku terjumpa geran tu kat depan rumah dlm keadaan baik. mungkin samdol tu pulang balik psl tak tahan panas dlm perut (hehehe)...tak ah..aku x bomohkan pun, even laporan polis pun aku malas nak buat..kesian kat famili dia, kang mak dia mati sakit jantung lak bila anak kena lokap.
aku rasa dia pulang balik geran motor tu psl dia baru tahu nak tukar nama kena ada i.c owner motor dan  owner kena tandatangan borang pindahmilik kat JPJ..kesian ..bodoh tahap kongkang.

-KALAULAH KEKAYAAN ITU DIKIRA DARI JUMLAH HUTANG-

Tuesday, March 15, 2011

Cara Untuk Mengelak Speed Trap

risau terkena perangkap had laju oleh PDRM terutamanya sewaktu memandu di lebuhraya?. memang kita biasanya akan memecut semasa di lebuhraya. abih tu kalau nak lambat-lambat baik kita tak payah guna hi-way, ye tak. bikin hi-way cantik2, pastu kena bayar tol, tapi tak boleh pandu laju plak..ntahapahapantah.

tapi tak apa, ada seorang pegawai bahagian trafik ni dah bocorkan rahsia kat aku tentang cara-cara nak mengelakkan terkena speed trap TANPA mengurangkan kadar kelajuan pemanduan anda. nak tahu ? teruskan pembacaan.

caranya mudah saja, semasa cuaca baik pandulah kenderaan anda mengikut kadar had laju dibenarkan. kalau rasa nak memecut sampai 180km/j tunggu hari hujan lebat, masa tu polis trafik pun malas nak usung kamera speed trap tu...kalau dia snap pun bukan boleh nampak nombor plat kete.

-KALAULAH KEKAYAAN ITU DIKIRA DARI JUMLAH HUTANG-

Kapal Selam Baru (jauh lebih murah & dijamin boleh menyelam)

satu sumber yang tidak boleh dipercayai telah mengesahkan pembelian submarine baru untuk tujuan pertahanan yang jauh lebih murah daripada scorpene yang tidak mampu menyelam itu.
sub terbaru ini dipercayai menggunakan petrol dan mempunyai enjin keluaran BMW original dari jerman. sub ini juga mudah dikendalikan walau oleh seoarng krew, malah ia juga boleh menyelam walaupun dengan ketiadaan krew.
satu2 nya kelemahan submarine ini ialah setelah menyelam ia tidak akan timbul semula kecuali terdapat saksi yang melihat kejadian ia tenggelam dan saksi meminta bantuan dari bomba yang akan menghantar penyelamnya beserta kren untuk mengangkat keluar ia dari dalam air.


-KALAULAH KEKAYAAN ITU DIKIRA DARI JUMLAH HUTANG-

Kisah Volkswagen Kuning (Serammm)

tahun 95, kali pertama aku beli kereta, ford escort 1.6ghia yg mcm dlm citer starsky & hutch tu..murah je 3,500rm..tak payah bayar bulanan kat bank, tapi bayar secara mingguan lak kat pomen psl selalu sngt rosak
beberapa belas tahun berlalu, skrg aku ada 1 lagi kereta kuning gak tapi toyota ke20..saja suka2 pakai. yang ni pun value 3,500rm gak..bagus kan kete buruk2 ni, lepas belasan tahun harga sama je

abih tu apa kaitan kisah 2 kete kuning aku dengan hantu volkswagen kuning kat jelapang tu...kaitan nya ialah kesemua kereta terbabit warnanya kuning dan aku pulak bukan hantu itu dan hantu itu bukan aku..

-KALAULAH KEKAYAAN ITU DIKIRA DARI JUMLAH HUTANG-


Monday, March 14, 2011

Satu Orang Satu Tin

pada suatu masa dahulu, kalau tak silap tahun 1995, masa tu mak aku kena stroke, terlantar kat hospital (setahun lepas tu beliau meninggal dunia)..aku pun masih bujang hensem lagi..aku ada seorg abang, bujang gak dan hensem gak macam aku, tp dia dah nak menikah masa tu.

so sebab mak aku sakit kat sepital, future kakak ipar aku pun datang le menjaga famili kami (kitorang ni ramai lelaki dari pempuan). satu petang tu aku amek dia kt sepital lepas dia jaga mak, pastu bwk balik rmh..yg ada kt rmh ; bapak, aku & adik lelaki aku...nk masuk malam future in law pun sibuk la nak masak utk makan malam lak, tadi kat spital skrg kat dapor lak, bagusnya bakal menantu bapak...

aku lak layan tv ..biase la waktu maghrib, setan ajak tngk tv sambil tunggu makanan siap..lps isyak bapak aku balik la utk makan, sekali dia tengok dalam periuk nasik..nahhh dekat nak penuh periuk dgn nasik yg ditanak...rupa2 nya future in law aku sukat beras , sorang makan satu tin beras..3 org mkn ..3 tin la beras tu (mak aku guna tin susu utk sukat beras)..bayangkanle...tapi aku percaya skrg ni in law aku tentu dh pandai masak.

- KALAULAH KEKAYAAN ITU DIKIRA DARI JUMLAH HUTANG-

Cara Paling Mudah Utk Menjadi Jutawan

kalau ikut cara Azizi Ali tu agak susah sikit, kena ada gaji besar 20k ke 30k, baru boleh simpan 10k sebulan..himpun dlm ASB sampai 6 tahun, campur dividen & bonus dpt la rm1juta...dah kira jutawan la tu. dia kerja pilot kapalterbang boleh la..kalau yang kerja pilot excavator, mana boleh cecah gaji puluh2 ribu sebulan.

tapi yg aku nak tulis ni peluang jadi jutawan utk yg pendapatan rm5k je..dah tu x payah tunggu 6 tahun..kena gaya sebulan je dah jadi. tak cukup gaji? boleh combine dengan pasangan masing2. nanti..ini bukan perniagaan, bukan MLM, bukan skim cepat kayap mcm buluh kasap tu..ini betul2an bukan cobaan..aku dah berjaya.

mula2 korang kena carik rumah yg nak dijual, harga dlm lingkungan 300k, nak cun lagi carik 2 unit terus. apply loan kat bank...dah lulus karang, korang punya hutang memang cecah jutaan ringgit punya (kira la interest 10% setahun selama 30 tahun kali dengan jumlah pinjaman)..kan dah jadi JUTAWAN tu..tapi secara reverse la..ala mcm air reverse osmosis je..risau setiap bulan kena belanja besar bayar kat bank? eh memang le jutawan berbelanja besar...

-KALAULAH KEKAYAAN ITU DIKIRA DARI JUMLAH HUTANG-